Assalamualaikum W.B.T
Hai blog.. long time no see right? actually Fatin dah pon mulakan kehidupan yang baru dalam suasana yang baru.. lama sangat tak menjenguk ke blog ni kan? yaa.. terlalu sibuk mengejar impian dan cita-cita.. sehingga pada masa yang sama tidak sedar telah mengabaikan cinta yang ada bersama selama ni.
Disebabkan itu kali ini Fatin nak berkongsi kisah tentang CINTA & IMPIAN .Nobody know whose MY LOVE right? sebab fatin pon dah lama tak update blog dan tak pernah pon berkongsi tentang kisah cinta atau impian fatin cuma kali ini ini kisah itu lebih kepada pilihan yang berada di tangan fatin sendiri.
Cinta itu bukan dari dalam kalangan keluarga Fatin tapi dia orang yang Fatin cinta dari 2015 hingga kini., serta sanggup bersusah senang dengan Fatin selama ni. Insan yang diberi nama M******* S***** D***** oleh kedua ibu bapanya telah hadir dalam hidup Fatin tanpa dijangka dan diundang.
Semuanya kelihatan indah walaupun ada pahit manis yang perlu diharungi Bersama selama terjalinnya hubungan itu. Namun kini segalanya berakhir kerana ego sendiri.
Tak semua salah dia dan ada juga salah Fatin.. apa yang nak dikisahkan disini adalah semua salah Fatin. Fatin terlalu mengejar impian bila Fatin rasa impian Fatin makin dekat dan boleh tercapai dengan sedikit usaha sehingga fatin terlalu mengabaikan cinta yang telah disulan selama ini.. susah senang Bersama-sama dibiarkan berakhir macam itu sahaja.
Kesilapan Fatin disini adalah kerana terlalu mengabaikan dari segi masa dan perhatian. Tak banyak pon yang dia minta.. hanya sekadar masa dan perhatian yang sentiasa Fatin bagi selama ni, tapi sejak mula mengejar impian, benda mudah tu pon Fatin tak mampu nak bagi. Bukan wang ringgit yang dia minta.. hanya masa. Sanggup dia dating jauh-jauh nak jumpa Fatin sebab nak luangkan masa dengan Fatin tapi apa yang Fatin balas hanyalah berikan kedukaan kepada dia.. Maaf sayang… dia cakap terlalu banyak alasan yang Fatin bagi pada dia sampai sanggup melukakan hati dia, Ya, benar.. terlalu banyak alasan sampai Fatin kehilangan cinta dan orang yang betul-betul cinta dan sayang kan Fatin.
Alasan yang Fatin bagi tu sememangnya amat tak boleh diterima akal.. kononnya Fatin tak ada masa yang cukup untuk dia sebab terlalu sibuk, hakikatnya dia pon sibuk juga tapi boleh ja cari masa untuk pastikan ada masa dengan Fatin dan buatkan Fatin rasa tak diabaikan. Tapi apa yang Fatin balas pada dia? Fatin bagi dia kesengsaraan, kesedihan yang dia terpaksa tanggung sorang-sorang.. Maaf ye kesayangan.. Tapi sekarang semuanya dah berakhir.. apa lagi yang Fatin mampu buat? tiada apa.. Fatin hanya mampu menangis dan meratapi semuanya sendiri.. kerana semua dah terlambat. Bukannya tak cuba baiki tapi itulah bila ego kuasai diri mengatasi segalanya.. akhirnya memakan diri kita sendiri. Itu yang terjadi pada fatin sekarang nihh…
Hidup kita nihh ada pilihan, dan diri kita sendiri jugalah yang menentukan pilihan untuk hidup kita sendiri. Tapi disini satu kesilapan fatin adalah dalam membuat keputusan. Fatin takut untuk membuat sebarang keputusan kerana takut keputusan yang Fatin buat mungkin salah ataupun akan menjejaskan hidup orang lain. Disebabkan itu juga Fatin buntu untuk memilih antara cinta yang dah bersemi dihati selama ini atau impian dari dulu yang kini sedang dikejar. Pada Fatin kedua-duanya penting, dan diikutkan juga benda ni simple je tapi Fatin sendiri yang merumitkan keadaan kerana ego sendiri. Hmm.. maaf.. kerana tak mampu untuk buat keputusan dan berikan yang terbaik padahal hati ini tak pernah berhenti menyayangi dan cintakan dia. Fatin harap Fatin dapat buat yang lebih baik dan keputusan yang lebih bijak tanpa perlu mengabaikancinta dan impian.
Apa yang Fatin nak pesan dekat sini.. dalam suatu hubungan itu haruslah membuat pilihan yang baik untuk kedua-dua pihak apabila perlu dan ego harus diketepikan demi kelangsungan hubungan yang berpanjangan. Jangan apabila semuanya berakhir baru nak menyesal dan dah tiada guna. jadi ambillah pengajaran pada mana yang baik ye..
Had a HAPPY WEEKEND!!!
Assalamualaikum...




